News & EVENTS

News

- Ekspo IKS capai sasaran promosi produk usahawan Bumiputera.
- Biskut Azan bakal terokai pasaran Indonesia, Hong Kong dan China.
- Great Potential for Malaysian Food in Turkey.
- Perusahaan semakin maju.
- Many M'sian SMEs Experiencing Their Best Times Ever.

 

Ekspo IKS capai sasaran promosi produk usahawan Bumiputera
Kosmo 14.1.2014

KUALA LUMPUR - Ekspo Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bertemakan Windows To The World Wilayah Persekutuan di KL Sentral yang berakhir semalam diyakini mencapai objektifnya untuk membawa usahawan Bumiputera memperkenal produk masing-masing menembusi pasaran antarabangsa.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Selangor, Mohammad Mohd. Yatim (gambar kecil) berkata, ekspo yang berlangsung selama empat hari bermula pada 26 April lalu telah membuka peluang buat 18 usahawan Bumiputera yang menyertai ekspo itu meneroka pasaran di luar negara.

"Ekspo yang julung-julung kali diadakan di KL Sentral itu telah berjaya menarik minat beberapa buah negara seperti Singapura dan Dubai untuk menjalinkan rangkaian perniagaan bersama usahawan Bumiputera di negara ini.

"Syarikat Bumiputera iaitu Perusahaan Azan Sdn. Bhd. yang terlibat dalam perniagaan berasaskan roti dan biskut misalnya, telah berjaya membawa produknya menembusi pasaran di Iraq," kata beliau ketika ditemui Kosmo! di ekspo tersebut semalam.

 

Biskut Azan bakal terokai pasaran Indonesia, Hong Kong dan China
Sinaran 23 Februari 2012

Perusahaan Azan Sdn Bhd menerusi jenama Biskut Azan optimis capai sasaran jualan RM800,000 sehingga RM1 juta sebulan, apabila kilang sedia ada yang dalam proses naik taraf siap sepenuhnya pertengahan April ini.

Pengarah Urusannya, Mohd Ghazali Abu Bakar, berkata, setakat ini jualan bagi jenama itu mencecah RM200,000 sebulan dengan jumlah pengeluaran 50 tan tepung sebulan dan dua tan tepung sehari.

“Selepas kilang itu siap nanti, kami yakin dapat meningkatkan pengeluaran sehingga tiga kali ganda kepada 200 tan tepung sebulan.

“Kilang kami di Kuala Pilah kini dalam proses naik taraf menggunakan dana yang dikeluarkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM2.8 juta bagi menampung kapasiti pengeluaran bagi permintaan tempatan dan antarabangsa,” katanya, yang mengeluarkan pelbagai produk biskut kering seperti Biscottes Rondes, Wholemeal, Long Rusks dan Crispy Sweet Toast.

Menurutnya, jenama itu boleh diperoleh secara meluas di pasar raya Mydin dan Giant serta bakal menembusi semua pasar raya besar seluruh negara April nanti.

Mohd Ghazali berkata, Biskut Azan juga boleh diperoleh di 4,500 kedai runcit tradisional dan turut dijangka meningkat sehingga 10,000 kedai serentak apabila kilang itu mula operasi kelak.

Katanya, syarikatnya turut mengambil kontrak kerajaan dengan membekalkan Biskut Azan ke penjara dan hospital serta beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan menu roti.

“Selain pasaran tempatan, jenama Azan juga telah memasuki Oman, Dubai, Iraq dan bakal menerokai pasaran Indonesia, Hong Kong serta China tahun ini.

“Kami juga giat menjalankan promosi produk ke peringkat antarabangsa menerusi pameran yang dianjurkan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade),” katanya yang beroperasi sejak 1969 secara kecil-kecilan sebelum diperbadankan pada 1975.

 

Great Potential for Malaysian Food in Turkey
BERNAMA 5 December 2011

ISTANBUL, Dec 2 (Bernama) -- Malaysian food products have great potential in Turkey if the overwhelming response to the "Taste of Malaysia" programme held here recently is used as a benchmark to gauge market access. The programme, an initiative by the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, to promote Malaysian food and products via one of Turkey's biggest hypermarkets, Carrefour Icerenkoy, saw Malaysian food and products being demonstrated to shoppers.

The ministry first launched "Taste of Malaysia" programme in Hong Kong in 2005 to promote consumer products through hypermarkets and supermarkets abroad. "The programme is making headway in Turkey," said Mohamad Noor Azhab Mohd Shazilli, Istanbul-based Malaysian External Trade Development Corporation (Matrade) trade commissioner.

A wide range of products including coffee beans, fruit juices, spices, chocolates and biscuits were showcased at the event. Companies under the Bumiputera Manufacturers and Services Industry Association of Malaysia such as Perusahaan Azan Sdn Bhd, Diamond Consolidators (M) Sdn Bhd and Amalina Holdings Sdn Bhd participated in the event. Present at the launch was Carrefour Turkey chief executive officer Guillaume De Colognes/

The food demonstration initiative reflects Malaysian companies' seriousness to make a presence in the Turkish market, thanks to the ministry for its efforts to expand the market base of small and medium enterprises' products abroad. Deputy Minister Datuk Rohani Abdul Karim officiated at the food demonstration.

Visitors were treated to Malaysian delicacies prepared by a Malaysian chef, Zamzani Abdul Wahab. Among Malaysian products which have potential in the Turkish market are ready-to-eat noodles, frozen food, food paste and products and ingredients related to baked products market segment.

The promoters also capitalised on the halal certificates issued by the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim), he told BERNAMA. He said Malaysia has taken the opportunity to promote products produced by Malaysian SMEs in line with growing market acceptance. With a 73 million population comprising a high percentage of younger generation, Turkey offers great potential to Malaysia's varieties and brands, Mohamad Noor Azhab said.

Last year, Malaysia's processed food exported to Turkey accounted for among the top 10 manufactured goods exported worth RM43 million. Malaysia`s total exports to Turkey amounted to RM2.1 million last year.
-- BERNAMA

 

Perusahaan semakin maju
Utusan - 29 Disember

KUALA PILAH 29 Dis. - Memulakan perniagaan lebih empat dekad lalu, Perusahaan Azan Sdn. Bhd. kini boleh berbangga dengan pencapaiannya sebagai salah sebuah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjaya di negeri ini.

Lebih membanggakan, kemampuan syarikat pembuat roti itu bertahan sekali gus membolehkan ia diterajui oleh tiga generasi.

Pengarah Urusan syarikat tersebut, Mohd. Ghazali Abu Bakar mengakui resipi kejayaan syarikat itu mudah iaitu mencari dan merebut peluang untuk membangunkan produk agar ia mampu berkembang.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini tumpuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap PKS sangat menggalakkan. Ini termasuk menyediakan lebih banyak ruang untuk syarikat PKS melangkah lebih jauh sehingga ke pasaran antarabangsa," kata beliau yang juga merupakan generasi kedua menerajui syarikat itu.

Menurut Mohd. Ghazali, beliau mewarisi perniagaan tersebut daripada bapanya, Abu Bakar Ali yang uzur sejak 1985.

"Pembabitan saya dalam bidang ini bermula sejak berusia lapan tahun lagi kerana galakan daripada bapa, jadi boleh diandaikan selok belok dunia pengilang roti cukup sebati," katanya ketika ditemui di kilang tersebut dekat Perusahaan Dioh di sini baru-baru ini.

Perusahaan Azan Sdn. Bhd. kata beliau, bermula daripada semua kilang kecil yang diusahakan oleh bapanya di Jemapoh di sini.

"Mulanya cuma mengeluarkan roti untuk pasaran runcit dengan nama Roti Azan. Di sebalik persaingan yang hebat, industri roti ini berkembang pesat apatah lagi dengan kewujudan bakeri di mana-mana saja," kata beliau.

Dalam usaha mengembangkan syarikat jelasnya, Perusahaan Azan Sdn. Bhd. kemudiannya menerokai pasaran baru iaitu produk jenis kering.

"Dengan itu lahirlah produk biskut kering Azan atau 'rusk' yang dipelbagaikan daripada biskut panjang, biskut bulat hingga biskut manis," katanya.

Bukan itu saja, lebih menarik produk tersebut sejak kebelakangan ini turut mengintai pasaran antarabangsa seperti Afrika, Asia Barat, China dan Hong Kong.

"Ini adalah sebahagian daripada kejayaan hasil galakan kerajaan yang mengetengahkan syarikat PKS melalui pelbagai ekspo di luar negara. Nyata industri biskut kering ini mendapat perhatian," katanya.

Tambah beliau, dalam usaha menarik perhatian pasaran di luar negara, penjenamaan termasuk dari segi pembungkusan dihasilkan mengikut standard diperlukan.

Di sebalik keghairahan mencari pasaran antarabangsa, Perusahaan Azan Sdn. Bhd. tetap memperluaskan pasaran di dalam negara termasuk merangka strategi baru.

Terkini, syarikat tersebut membabitkan diri dalam program francais melalui galakan daripada kerajaan negeri di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

"Berbanding dengan sistem edaran biasa, program francais lebih teratur dan sistematik selain menjamin pendapatan lebih baik di kalangan francaisi," kata beliau.

Dengan program tersebut kata Mohd. Ghazali, syarikatnya meletakkan sasaran untuk menghasilkan lebih 30 francaisi dalam tempoh tiga tahun.

"Kami melihat program francais ini sebagai salah satu sokongan untuk membantu golongan bumiputera menceburi bidang ini termasuk golongan siswazah yang masih menganggur.

"Melalui program ini kita akan memberi latihan yang agresif kepada mereka yang berminat. Dengan disiplin dan minat yang tinggi, pendapatan yang diraih mereka cukup lumayan," kata beliau.

Bercakap tentang harapan masa depan, kata Mohd. Ghazali, beliau berharap syarikat itu mampu bertahan sehingga ke generasi seterusnya keluarga itu.

"Setakat ini tiga daripada lima anak saya turut bekerja dengan syarikat ini dan menerajui bidang kepakaran masing-masing. Saya berharap mereka akan meneruskan usaha datuk dan bapa mereka membangunkan syarikat ini," ujarnya.

 

Many M'sian SMEs Experiencing Their Best Times Ever
BERNAMA 14 Mac 2007

KUALA LUMPUR, March 14 (Bernama) -- Malaysian small and medium enterprises, from the conventional food and construction industry players to animation and biotechnology industries, are reaping the benefits from the country's improved economic prosperity seen in recent years.

These enterprises are experiencing perhaps their best times ever, thanks to the continued economic growth in the last few years, thanks to the government's pro-business policy that had provided them with opportunities to venture further afield.

"Business is very good, especially for the past few years. The government's focus on SMEs has been timely," said Perusahaan Azan Sdn Bhd's managing director Mohd Ghazali Abu Bakar.

His company, which is engaged in food products, is currently expanding to cater for the flourishing local and export markets.

The company exports mainly bread to Indonesia and Hong Kong.

"Our initial investment was only RM4 million, now we are in the process of putting another RM6 million to expand our business," he told Bernama. Mohd Ghazali owes his successful business to the assistance provided by government agencies like the Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), which opened doors for him to enter export markets.

"They (MATRADE) usually identify potential business partners and arrange for business matching during trade missions," said Ghazali.

Bio Neutraceutical (M) Sdn Bhd, a producer of wholesome functional foods under the brand name of Nufera, is also riding on the strong emphasis given by the government on biotechnology.

Commending the government for stressing the importance of biotech as one of the key pillars for the Malaysian economy, its chief executive officer, Muhammad Sufi Mahbub, said this has stimulated greater interest for bio-healthcare-related products.

"Malaysians are now more aware, and from the wellness industry's perspective, we can see more demand for the bio-healthcare-related products rather than drug-based products," he said.

His company's product comes from biotechnologically processed virgin coconut oil (processed without heat or chemicals) that can be used in daily consumption, beauty treatment and general health management without any side effects.

Muhammad Sufi hopes that the government would lend additional support to local biotech companies to further improve their research and development activities (R&D).

Under the Ninth Malaysia Plan, the government has allocated RM2 billion for both research & development and industry development for the biotechnology and life sciences industries.

"Our effort is to harnest biotechnology in neutraceutical, which is growing in Malaysia, especially in the production of herb-based products," he said.

Another beneficiary of the government's pro-business policy is Centraline Animation Sdn Bhd, which has seen improving opportunities to make money.

"We get good support from the government," said its executive chairman, Damien Leong.

According to an estimate by Multimedia Development Corporation (MDeC) the worldwide market for animation industry stands at US$600 billion.

The government, Leong said, recognised the huge demand for this industry and the available massive market for animation.

These, he said, could be seen from the financial support, including grants offered by government agencies like MDeC and MATRADE.

"They also help to promote the industry and our products overseas," he said.

However, he noted that there was still room for improvement, especially in creating more awareness among local banking officials.

Leong claimed that local banks were still not forthcoming in lending to animation companies as they were more focused on tangible products or industries.

"There is still a lack of understanding on the software-related market," he said.

Noting that animators in countries like Japan, South Korea and India find it easier to raise capital from the banking sector, he added: "We don't want to depend on government grants alone, we want to grow the business."

V.M. Samy, managing director of Sri MS Development Sdn Bhd, a new player in the construction business, also feels that there is good growth in the local property development scene.

"We are small time developers but we see good demand for our projects," he said.

MS Development is currently involved in a mixed property development in Karak, Bentong, consisting of 87 units of houses and shoplots.

Amid the increasing optimism, both Leong and Ghazali are looking forward for more support for Malaysian entrepreneurs in the domestic market.

Ghazali said that although his company had expanded overseas, it also wants to be stronger in the domestic market.

As for Leong, he said there should be greater emphasis and enforcement on local content and local television stations should be asked to broadcast between 60 and 80 percent local animation programmes.

"(In this way) we should get more locally-produced animation series on air," he added. -- BERNAMA

 

events

Local and International Exhibitions inside and outside Malaysia

- The 2nd China-Asean Expo 2005
- MIHAS Malaysia 2004/ 2005/ 2006/ 2009/ 2010
- MAHA UPM Serdang, Malaysia 2008/ 2010/ 2012
- Gulfood, Dubai (006
- IAT FAMA Malaysia
- EABEX (2005)
- Giant/Carrefour In-Store Promotion Overseas: Dubai, Paris, Hong Kong
- Hari Pengguna, KPDNKK & HEP Malaysia
- MAHA Peringkat Negeri Sembilan, Malaysia 2011/ 2012
- HALFEST Malaysia 2011/ 2012/ 2013
- SIAL: The Middle Eastern Food Exhibition November 2013